Thursday 27 December 2012

Thursday 20 December 2012


PERJUMPAAN  BERSAMA  JUNIOR    SEM 1  SMP

Perjumpaan  ini  bertujuan  supaya   junior dapat  berkenalan  dengan  barisan Majlis  Tertinggi  KEPSIS,  barisan  EXCO  dan  Timbalan  EXCO. Selain itu perjumpaan  ini juga  bertujuan  untuk  mengeratkan  silaturahim  di  antara  senior-senior  dan  junior- junior sem 1. 

Pihak  KEPSIS turut  memberi sedikit  penerangan  berkaitan  dengan  program-program   yang  bakal  diadakan  sepanjang  semester  ini.  Kerjasama  yang  diberikan  oleh   junior  sem 1 memang  terbaik  lah....kesudian  mereka  untuk  menghadirkan  diri  di  dalam  perjumpaan  tersebut  amat  dihargai  oleh  pihak KEPSIS. Diharapkan semoga   junior  sem  1 SMP  akan  berjaya  mengharugi  liku-liku  kehidupan  sepanjang  menutut  di  KUIM.    


Pengerusi  KEPSIS....berusaha  untuk  menerangkan  mengenai  program-program  yang  bakal  diadakan


Kehadiran junior sem 1 smp yang mengalakkan


Barisan Majlis Tertinggi, EXCO serta Timbalan EXCO yang hadir semasa perjumpaan tersebut











 ASSALAMUALAIKUM....

Pada 10 disember yang lalu telah bermula semester yang baru bagi para pelajar KUIM. Selamat datang diucapkan kepada adik-adik sem 1, bagi adik-adik sem 1 yang menjadikan KUIM sebagai tempat bagi mereka untuk meluaskan ilmu pengetahuan diharapkan mereka akan berpuas hati dengan pilihan mereka. Manakala bagi senior-senior sem 1 pula, kami di pihak KEPSIS ingin mengucapkan taniah kerana memperolehi keputusan peperiksaan dengan cemerlang. Bagi sesiapa yang tidak mencapai target, anda masih mempunyai semester hadapan untuk “struggle”...chayok2...


Thursday 19 July 2012

~! sesi perbincangan pada 11 Julai 2012 !~

Pada 11 Julai 2012 bersamaan hari rabu sekali lagi Kelab Psikologi Siswa/i ( KEPSIS) mengadakan perjumpaan bagi membincangkan berkenaan perkembangan program-program yang telah dirancang bersama ahli Majlis Tertinggi, barisan Exco-exco serta Timbalan Exco. Pendapat semua orang akan dipertimbangkan dengan sebaik mungkin supaya program-program yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Turut melibatkan diri di dalam perbincangan tersebut ialah YDP PERSISS iaitu Abdul Muiz bin Abdul Razak.


  perbincangan berkaitan prorgam yang akan diadakan


                Exco ICT, Media & Publisiti bersama YDP PERSISS dan pengerusi KEPSIS                                                  


Barisan Exco-exco KEPSIS


YDP PERSISS



Pengerusi KEPSIS


Exco Kebajikan, Dakwah & Kerohanian serta Exco Sukan & Rekreasi


Timbalan Bendahari dan Timbalan Disiplin, Sahsiah & Pembangunan Insan
                                       

~! penerima anugerah dekan sesi 1 2012/2013 !~



                                      
Senarai Penerima Anugerah Dekan Sesi 1 2012/2013
SEMESTER 1
NURWARDAH HANI BT MD ZAINI                                                              111426

SEMESTER 2
MOHD SABRI BIN JAMALUDIN                                                                   110230
HAJAR ASIAH BT MOHAMMAD NOOR                                                      110468
NURUL ASMA BINTI ISMAIL                                                                       110515
KHUZAIRYN BT HUSAIN                                                                             111152


SEMESTER 3
MAIZAITUL SURIANI BT ZAINAL ABIDIN                                                101136
SUAIBATUL ASALMIA BT MUHAMMAD VEERAMOHAN                       101163
SITI FATIMAH BT MOHD FADZIL                                                               101202
ERNIE NORAZAH BT MOHD SAKEH@SAKAI                                           101215
NUR SYUHADA BT ABD RAZAK                                                                101221
NOR FATIN NABILA BT ABDUL KARIM                                                    101236
WARDATUS-SYAWAN SYIBRATI BT ZAMANI                                        101251
NOR SAKINAH BT SELMAN                                                                        101291
NORHIDAYU BT AB HAMID                                                                        101310
NORAZIAN BT ZAINUDDIN                                                                         101328
NURRSHEDA BT ABDUL MUBIN                                                                 101332
NURAIN BT MAT YASIM                                                                              101336
NOR HANI BT KAMAL                                                                                  101348
NUR ATIKAH BT ABDUL AZIZ                                                                   101350
NURRUL FARHANA BT JAMALUDIN                                                         101351
SURIYATI BT KAMARUZZAMAN                                                              101352
SYAIRAH BT ARIFFIN                                                                                 101353
SYAHNORAIN BT MUSTAFA                                                                       101357
DAYANG KU SITI AISHAH BT HASIM                                                       110033

SEMESTER 4
NOR NABELLA ADDRIN BT ADNAN                                                          100281
SITI SAKINA BT SELAMAT                                                                        100595
ST RABIATUL ADAWIYAH BT MOHD YAAKUB                                       100625
NUR FATIHAH BT MOHD RAMLEE                                                            100829
HASRIN BIN MAHADI                                                                                  100865
NURFARHAH BT MOHD NAJIB                                                                   100985
NURUL ‘AINA AL- FAATIHAH BT HAMDANI                                           100235
NURUL AKMA BT MUSTAFA                                                                      100130

SEMESTER 5
FATIHAH BT MOHD DOLIT                                                                          100040
SITI HAJAR BT ZAHARUDIN                                                                      100084
TUAN YUSMAWATI BT TUAN YUNUS                                                        100085
NURUNISA BT MOHAMED ALI                                                                    100086
KHAIRUL BARIAH BT ABDULLAH                                                            100090

“Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha seumur hidup untuk mendapatkannya.” 
-Albert Einstein
Disediakan oleh: Exco akademik dan prestasi - Nor Nabella Addrin Bt Adnan


!~ yeahh!! syaitan bercuti lagi !!~

Syaitan terpaksa bercuti sebulan!! Jangan sangka pelajar sekolah dan cikgu sahaja yang ada cuti bermusim yang panjang tempohnya. Jangan sangka wanita berpantang sahaja yang cuti panjang. Kalau boleh mereka ingin terus-menerus bekerja bagi memastikan misi mereka berjaya dgn cemerlang.


Namun jangan sangka syaitan "cuci tangan" daripada menggoda anak Adam. Sebelum bercuti, syaitan telah menggunakan sepenuhnya 11 bulan sebelum Ramadhan untuk menerapkan segala sifat  mazmumah dalam diri anak Adam kerana syaitan takkan bersama anak Adam sepanjang Ramadhan. Dipasaknya kukuh sifat-sifat buruk, kelakuan dan perbuatan yang bertentangan dengan syariat, seterusnya memujuk manusia agar terus mengerjakan larangan Allah. Bersungguh-sungguh si syaitan menyeru manusia kepada mungkar dan menjauhkan manusia drpd makruf.


Sementara syaitan bercuti, apa kata kita giatkan kembali anggota badan melakukan ketaatan kepada Allah sama ada yang wajib ataupun sunat. Yang wajib dilakukan dengan ikhlas dan penuh penghayatan. Amalan sunat pun sama, malah ditambah lagi dengan sukarela. Dengan ini, semoga noda hati yang dituai ketika syaitan bebas menggoda anak Adam dapat dicuci kembali. Jika dalam bulan Ramadhan ini, stesen radio dan televisyen mengubah kandungan siaran mereka menjadi lebih Islamik, dihiasi dengan bacaan al-quran serta zikir, pengisian agama dan sebagainya, adakah kita tidak ingin pencapaian peribadi kita meningkat sepanjang Ramadhan?


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Apabila datangnya Ramadan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Jika syaitan sedih menjelang Ramadan, manusia sebaliknya perlu gembira dan mengalu-alukan kehadiran penghulu segala bulan ini. Jom sama-sama tingkatkan amal ibadah sepanjang Ramadan. Semoga natijah akhir iaitu takwa mampu dicapai. Amin.




                                                                        ~  PAHROL MOHAMAD JUOI ~
                                                                                    solusi isu 34

Sunday 15 July 2012


PERJUMPAAN KEPSIS PADA 27/6/2012

Kali ini perjumpaan di kalangan majlis tertinggi, exco serta timbalan exco telah diadakan pada 27/6/2012 bagi membincangkan berkenaan dgn hala tuju kelab. Pelbagai perkara telah dibincangkan antaranya ialah program-program yang bakal dilaksanakan sepanjang semester ini.


Barisan Majlis Tertinggi KEPSIS


Barisan Exco serta timbalan Exco KEPSIS

Saturday 9 June 2012

Perbezaan Psikologi Islam dan Psikologi Barat




Ilyas Ba-Yunus dan Farid Ahmad (1985) mengatakan bahawa Ibn Khaldun adalah orang yang memperkenalkan sains sosial (cIlm al-cumran), iaitu sekitar tahun 1377. Antara cabang sains sosial adalah psikologi dan sarjana-sarjana Islam adalah antara orang yang paling awal membuat kajian dalam bidang ini. Antara sarjana-sarjana Islam yang dimaksudkan ialah Ibn Sina, Al-Ghazali dan Al-Farabi. Ibn Sina dalam bukunya, Al-Shifa’, ada membincangkan akal, kewujudannya, hubungan akal dan tubuh, perasaan dan persepsi (Husain t.th.).
Menurut Ibn Sina, jiwa manusia mempunyai kemampuan secara teori dan praktikal yang membentuk kecerdikan atau kecerdasan minda. Menurutnya lagi, jiwa itu sendiri boleh mencapai idea yang tidak disedari oleh seseorang melalui perasaan, imaginasi dan anggaran. Beliau menganggap kebolehan tersebut sebagai faktor utama kepada tingkah laku (Husain t.th.).
Menurut Abdul Hameed Al Haslimi (1984) dari Universiti King Abdul Aziz, Al-Ghazali adalah orang yang mula-mula memberi istilah kepada kajian akal atau kelakuan manusia lima abad sebelum Rodold J. Clenues menggunakan istilah yang sama (psikologi). Al-Ghazali juga mengkaji hampir kesemua aspek dalam psikologi (Husain t.th.).
Al-Ghazali menyatakan bahawa jiwa adalah suatu entiti spiritual yang mengawal fungsi fizikal dan organik manusia serta menguasai deria untuk menjalankan keperluan-keperluan badan (Husain t.th.). Walau bagaimanapun, ilmu-ilmu yang diperkenalkan oleh sarjana-sarjana Islam ini telah dikembangkan oleh cendekiawan Barat tanpa memberikan kredit kepada pengasas ilmu tersebut.
Habibah dan Noran (1997) menyatakan bahawa dari perspektif Islam, personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau secara umumnya akhlak. Menurutnya lagi, faktor-faktor lain yang dianggap penting dalam perkembangan personaliti manusia ialah hubungan manusia dengan Allah s.w.t., interaksi roh dan jasmani serta peranan akal.
Personaliti boleh dibahagikan kepada dua iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Manusia yang berakhlak atau mempunyai personaliti positif menurut perspektif Islam adalah manusia yang melakukan kebaikan dan menyerah diri secara total kepada Allah (Mohd Nasir 1992). Sarjana-sarjana Islam melihat bahawa perspektif baru dalam psikologi di bawah pengaruh Al-Quran dan hadith boleh mengisi lompang kekosongan dan mempengaruhi perubahan sosial untuk kebaikan manusia dan masyarakat (Husain t.th.).
Islam berpendapat, pengajian berkenaan jiwa manusia merupakan aktiviti saintifik yang berguna dan patut digalakkan sepertimana ilmu pengetahuan yang lain (Abdul Hamid 1989). Menurut Abdul Hamid (1989), penyelidikan mengenai diri manusia ternyata merupakan jalan paling singkat dan paling pasti kepada mempercayai Tuhan. Ini berpandukan maksud ayat-ayat dari Al-Quran berikut:
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar” (Al-Quran: Al-Fussilat: 53)
“Dan di bumi ini terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri” (Al-Quran: Al-Dhariyat: 20-21).
Sesetengah ahli psikologi berpendapat bahawa psikologi telah menjadi sains yang kekurangan subjek utamanya, iaitu jiwa (Fromm, 1950). Hassan Langgulung (1986) menyatakan bahawa kesemua mazhab psikologi dari Barat tidak mengkaji jiwa tetapi sebaliknya berat kepada kajian tingkah laku. Menurutnya lagi, dari mana asal dan bagaimana bentuk jiwa tidak dikaji oleh ahli psikologi barat. Menurut Mahyudin Yahaya (1986):
Berbeza daripada pemikiran dan falsafah sejarah moden yang berbentuk sama ada empiris, material atau spiritual semata-mata, pemikiran dan falsafah sejarah Islam adalah hasil gabungan daripada ketiga-tiga aspek tersebut dalam bentuk bersepadu, dan dengan mengambil kira unsur-unsur teologi dan metafizik (hlm. 64).
Namun, jika ilmu psikologi Barat diketepikan keseluruhannya, mungkin juga sebahagian daripada warisan Islam itu sendiri akan hilang (Malik Badri 1980) kerana kebanyakan ilmu tentang kejiwaan diceduk dari hasil pemikiran sarjana-sarjana Islam seperti Ibn Sina dan Imam Al-Ghazali

Sunday 19 February 2012

Akan datang! program smp










PERHATIAN : TERBUKA KEPADA MAHASISWA/I SEMESTER 2-5 SMP, SATU TEMUDUGA AKAN DILAKUKAN BAGI MEMILIH FASILITATOR KHAS UNTUK KELAB PSIKOLOGI PADA 21 FEBRUARI 2012, JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI DEWAN TERATAI FSSS. BANYAK KELEBIHAN YANG AKAN ANDA PEROLEHI JIKA TERPILIH UNTUK MENJADI FASILITATOR KHAS KELAB PSIKOLOGI. JADI DATANGLAH DENGAN PENUH KREDEBILITI DAN BERKETERAMPILAN. SEBARANG MAKLUMAT LANJUT SILA BERTANYA DENGAN PENUH BERHEMAH KEPADA Cahaya Pemberianku



Penjelasan tentang Kem Motive and Action Survivor.. RM95 boleh dikirakan cukup murah kerana banyak aktiviti yang boleh dikatakan mahal di sana. Termasuk dengan penginapan sekali. Sekarang kami sedang berusaha untuk mencari pihak penaja bagi program tersebut. Namun begitu, jangan terlalu berharap dan tiada janji untuk kami taburkan.Cuma apa yang boleh kami katakan bahawa kami akan tetap menurunkan harga untuk program itu. Jadi bagi yang berminat, marilah kita bersama-sama turut serta dengan program itu. Meriahkan la suasana dengan kehadiran ramai peserta.

Minggu Koku 2012


Mengharapkan pernyertaan dari junior2 kita agar smp terus terserlah di dalam kolej
Tahniah atas pernyertaan Mahasiswi SMP dalam Sukan KUIM
Tahniah SMP petanque wanita mendapat tempat ke-2
dan futsall ke suku akhir.

Sumber gambar dari: Abdul Muiz Exco Ict dan penerbitan MPM KUIM 

Kerjaya?




korang mesti terfikir2 apa kerjaya yang korang nak pergi lepas habis stdy. yang berminat nak jadi cikgu .JUM lihat!!!



Perguruan

Kaunselor 
Kaunselor berperanan untuk membantu seseorang individu belajar membuat pilihan, melaksanakan pilihan yang telah dibuat dan menyelesaikan masalah. Tugas kaunselor meliputi program perkembangan , pencegahan serta pemulihan dalam bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu atau kelompok dan khidmat konsultasi.



Tahap Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Psikologi/Kaunseling/setaraf; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Sains Tingkah Laku beserta Diploma Psikologi Kaunseling/setaraf; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)/setaraf
Contoh Institusi
  • Universiti Perguruan Sultan Idris
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Malaya
  • Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan
Senarai Tugas
  • Mengkaji dan memberi nasihat kepada orang perseorangan tentang peluang pekerjaan, pemilihan kerjaya dan pendidikan atau latihan lanjutan;
  • Mengumpul, menyediakan dan menyebarkan maklumat bimbingan dan kaunseling kepada individu atau kumpulan tertentu seperti pelajar sekolah atau pelajar institusi pengajian tinggi melalui media yang sesuai;
  • Merancang, melaksanakan dan mengawal selia perkhidmatan kaunseling individu atau kumpulan secara profesional dan beretika;
  • Memberi khidmat nasihat dari segi pemulihan fizikal, emosi dan pembangunan bagi individu-individu yang menghidap penyakit kronik atau mengalami kemalangan dan orang hilang upaya;
  • Memberi panduan dalam masalah berkaitan keluarga dan perkahwinan serta mengendalikan kes-kes berkaitan sistem dan terapi kekeluargaan; dan
  • Memberi bimbingan kepada pelajar, ibu bapa dan guru berhubung dengan pelbagai perkara termasuk masalah pelajar, kesulitan pembelajaran dan keperluan asas.


Pensyarah Universiti 
Profesional perguruan universiti dan pendidikan tinggi mengajar mata pelajaran mereka pada beberapa atau semua peringkat selepas pendidikan menengah tamat, menjalankan penyelidikan dan menambah baik atau membangunkan konsep, teori, dan kaedah operasi berkenaan dengan disiplin tertentu serta menyediakan kertas dan buku ilmiah.



Anggaran Gaji
  • Sektor Awam (RM) : 3,000
  • Sektor Swasta (RM) : 3,000 - 6,000
Tahap Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana
Contoh Institusi
  • Universiti Teknologi Mara
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Teknologi Malaysia
Senarai Tugas
  • Menyampaikan kuliah dan mengadakan tutorial, seminar, dan sesi makmal; Merangsang perbincangan dan pemikiran bebas dalam kalangan pelajar;
  • Menyelia kerja uji kaji dan amali yang dijalankan oleh pelajar, jika perlu;
  • Mentadbir, menilai, dan memeriksa tugasan dan kertas peperiksaan;
  • Mengarah penyelidikan yang dibuat oleh pelajar pascaijazah atau kakitangan lain dalam jabatannya;
  • Menyelidik dan membangunkan konsep, teori, dan kaedah operasi bagi pengaplikasian dalam industri dan bidang lain;
  • Menyediakan buku, kertas atau artikel ilmiah;
  • Merekabentuk dan mengubahsuai kurikulum serta menyediakan kursus pengajian mengikut keperluan;
  • Menghadiri persidangan dan seminar;
  • Membantu dalam aktiviti kokurikulum.
nak tau lebih lanjut pergi sini








My photo
Menggalak, membimbing, dan membantu siswa siswi ijazah sarjana muda psikologi supaya menyertai dengan aktif dan maju dalam sebarang kegiatan yang bersifat akademik.

Blogger templates

html code

My Blog List