Sunday 19 February 2012

Akan datang! program smp










PERHATIAN : TERBUKA KEPADA MAHASISWA/I SEMESTER 2-5 SMP, SATU TEMUDUGA AKAN DILAKUKAN BAGI MEMILIH FASILITATOR KHAS UNTUK KELAB PSIKOLOGI PADA 21 FEBRUARI 2012, JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI DEWAN TERATAI FSSS. BANYAK KELEBIHAN YANG AKAN ANDA PEROLEHI JIKA TERPILIH UNTUK MENJADI FASILITATOR KHAS KELAB PSIKOLOGI. JADI DATANGLAH DENGAN PENUH KREDEBILITI DAN BERKETERAMPILAN. SEBARANG MAKLUMAT LANJUT SILA BERTANYA DENGAN PENUH BERHEMAH KEPADA Cahaya Pemberianku



Penjelasan tentang Kem Motive and Action Survivor.. RM95 boleh dikirakan cukup murah kerana banyak aktiviti yang boleh dikatakan mahal di sana. Termasuk dengan penginapan sekali. Sekarang kami sedang berusaha untuk mencari pihak penaja bagi program tersebut. Namun begitu, jangan terlalu berharap dan tiada janji untuk kami taburkan.Cuma apa yang boleh kami katakan bahawa kami akan tetap menurunkan harga untuk program itu. Jadi bagi yang berminat, marilah kita bersama-sama turut serta dengan program itu. Meriahkan la suasana dengan kehadiran ramai peserta.

Minggu Koku 2012


Mengharapkan pernyertaan dari junior2 kita agar smp terus terserlah di dalam kolej
Tahniah atas pernyertaan Mahasiswi SMP dalam Sukan KUIM
Tahniah SMP petanque wanita mendapat tempat ke-2
dan futsall ke suku akhir.

Sumber gambar dari: Abdul Muiz Exco Ict dan penerbitan MPM KUIM 

Kerjaya?




korang mesti terfikir2 apa kerjaya yang korang nak pergi lepas habis stdy. yang berminat nak jadi cikgu .JUM lihat!!!



Perguruan

Kaunselor 
Kaunselor berperanan untuk membantu seseorang individu belajar membuat pilihan, melaksanakan pilihan yang telah dibuat dan menyelesaikan masalah. Tugas kaunselor meliputi program perkembangan , pencegahan serta pemulihan dalam bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu atau kelompok dan khidmat konsultasi.



Tahap Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Psikologi/Kaunseling/setaraf; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Sains Tingkah Laku beserta Diploma Psikologi Kaunseling/setaraf; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)/setaraf
Contoh Institusi
  • Universiti Perguruan Sultan Idris
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Malaya
  • Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan
Senarai Tugas
  • Mengkaji dan memberi nasihat kepada orang perseorangan tentang peluang pekerjaan, pemilihan kerjaya dan pendidikan atau latihan lanjutan;
  • Mengumpul, menyediakan dan menyebarkan maklumat bimbingan dan kaunseling kepada individu atau kumpulan tertentu seperti pelajar sekolah atau pelajar institusi pengajian tinggi melalui media yang sesuai;
  • Merancang, melaksanakan dan mengawal selia perkhidmatan kaunseling individu atau kumpulan secara profesional dan beretika;
  • Memberi khidmat nasihat dari segi pemulihan fizikal, emosi dan pembangunan bagi individu-individu yang menghidap penyakit kronik atau mengalami kemalangan dan orang hilang upaya;
  • Memberi panduan dalam masalah berkaitan keluarga dan perkahwinan serta mengendalikan kes-kes berkaitan sistem dan terapi kekeluargaan; dan
  • Memberi bimbingan kepada pelajar, ibu bapa dan guru berhubung dengan pelbagai perkara termasuk masalah pelajar, kesulitan pembelajaran dan keperluan asas.


Pensyarah Universiti 
Profesional perguruan universiti dan pendidikan tinggi mengajar mata pelajaran mereka pada beberapa atau semua peringkat selepas pendidikan menengah tamat, menjalankan penyelidikan dan menambah baik atau membangunkan konsep, teori, dan kaedah operasi berkenaan dengan disiplin tertentu serta menyediakan kertas dan buku ilmiah.



Anggaran Gaji
  • Sektor Awam (RM) : 3,000
  • Sektor Swasta (RM) : 3,000 - 6,000
Tahap Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana
Contoh Institusi
  • Universiti Teknologi Mara
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Teknologi Malaysia
Senarai Tugas
  • Menyampaikan kuliah dan mengadakan tutorial, seminar, dan sesi makmal; Merangsang perbincangan dan pemikiran bebas dalam kalangan pelajar;
  • Menyelia kerja uji kaji dan amali yang dijalankan oleh pelajar, jika perlu;
  • Mentadbir, menilai, dan memeriksa tugasan dan kertas peperiksaan;
  • Mengarah penyelidikan yang dibuat oleh pelajar pascaijazah atau kakitangan lain dalam jabatannya;
  • Menyelidik dan membangunkan konsep, teori, dan kaedah operasi bagi pengaplikasian dalam industri dan bidang lain;
  • Menyediakan buku, kertas atau artikel ilmiah;
  • Merekabentuk dan mengubahsuai kurikulum serta menyediakan kursus pengajian mengikut keperluan;
  • Menghadiri persidangan dan seminar;
  • Membantu dalam aktiviti kokurikulum.
nak tau lebih lanjut pergi sini





Thursday 2 February 2012

Poster Kepsis terbaikk


Barisan Exco Kepsis
Tahniah kepada mereka kerana berjaya memegang tampuk kepimpinan smp dengan cemerlang
hanya tunggu 2 bulan dari sekarang untuk meletakkan jawatan. 
Kepada pelapis yang akan membangunkan KEPSIS. 
Kini anda yang bakal memimpin !! Siapakah? nantikan.
ucapan setinggi penghargaan kepada 
Abdul Muiz Exco ICT & Penerbitan MPM kerana membuat poster ini.

Mengenali sesama kita

Jan 2012- satu perjumpaan warga smp semester 1 sehingga semester 5 telah di adakan bagi mengeratkan lagi siratulrahim sesama mereka. Antara agendanya mengenalkan barisan exco2 kepsis, aktiviti/program yang akan di jalankan, mengenai baju koprat, masalah dan sebagainya.







Jum kita kenali wajah2 SMP semester 1. Muka2 bertuah jenior kita. anwy, gd lucks utk uall



My photo
Menggalak, membimbing, dan membantu siswa siswi ijazah sarjana muda psikologi supaya menyertai dengan aktif dan maju dalam sebarang kegiatan yang bersifat akademik.

Blogger templates

html code

My Blog List