Sunday 19 February 2012

Kerjaya?




korang mesti terfikir2 apa kerjaya yang korang nak pergi lepas habis stdy. yang berminat nak jadi cikgu .JUM lihat!!!



Perguruan

Kaunselor 
Kaunselor berperanan untuk membantu seseorang individu belajar membuat pilihan, melaksanakan pilihan yang telah dibuat dan menyelesaikan masalah. Tugas kaunselor meliputi program perkembangan , pencegahan serta pemulihan dalam bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu atau kelompok dan khidmat konsultasi.



Tahap Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Psikologi/Kaunseling/setaraf; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Sains Tingkah Laku beserta Diploma Psikologi Kaunseling/setaraf; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)/setaraf
Contoh Institusi
  • Universiti Perguruan Sultan Idris
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Malaya
  • Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan
Senarai Tugas
  • Mengkaji dan memberi nasihat kepada orang perseorangan tentang peluang pekerjaan, pemilihan kerjaya dan pendidikan atau latihan lanjutan;
  • Mengumpul, menyediakan dan menyebarkan maklumat bimbingan dan kaunseling kepada individu atau kumpulan tertentu seperti pelajar sekolah atau pelajar institusi pengajian tinggi melalui media yang sesuai;
  • Merancang, melaksanakan dan mengawal selia perkhidmatan kaunseling individu atau kumpulan secara profesional dan beretika;
  • Memberi khidmat nasihat dari segi pemulihan fizikal, emosi dan pembangunan bagi individu-individu yang menghidap penyakit kronik atau mengalami kemalangan dan orang hilang upaya;
  • Memberi panduan dalam masalah berkaitan keluarga dan perkahwinan serta mengendalikan kes-kes berkaitan sistem dan terapi kekeluargaan; dan
  • Memberi bimbingan kepada pelajar, ibu bapa dan guru berhubung dengan pelbagai perkara termasuk masalah pelajar, kesulitan pembelajaran dan keperluan asas.


Pensyarah Universiti 
Profesional perguruan universiti dan pendidikan tinggi mengajar mata pelajaran mereka pada beberapa atau semua peringkat selepas pendidikan menengah tamat, menjalankan penyelidikan dan menambah baik atau membangunkan konsep, teori, dan kaedah operasi berkenaan dengan disiplin tertentu serta menyediakan kertas dan buku ilmiah.



Anggaran Gaji
  • Sektor Awam (RM) : 3,000
  • Sektor Swasta (RM) : 3,000 - 6,000
Tahap Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana
Contoh Institusi
  • Universiti Teknologi Mara
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Teknologi Malaysia
Senarai Tugas
  • Menyampaikan kuliah dan mengadakan tutorial, seminar, dan sesi makmal; Merangsang perbincangan dan pemikiran bebas dalam kalangan pelajar;
  • Menyelia kerja uji kaji dan amali yang dijalankan oleh pelajar, jika perlu;
  • Mentadbir, menilai, dan memeriksa tugasan dan kertas peperiksaan;
  • Mengarah penyelidikan yang dibuat oleh pelajar pascaijazah atau kakitangan lain dalam jabatannya;
  • Menyelidik dan membangunkan konsep, teori, dan kaedah operasi bagi pengaplikasian dalam industri dan bidang lain;
  • Menyediakan buku, kertas atau artikel ilmiah;
  • Merekabentuk dan mengubahsuai kurikulum serta menyediakan kursus pengajian mengikut keperluan;
  • Menghadiri persidangan dan seminar;
  • Membantu dalam aktiviti kokurikulum.
nak tau lebih lanjut pergi sini





No comments:

Post a Comment




My photo
Menggalak, membimbing, dan membantu siswa siswi ijazah sarjana muda psikologi supaya menyertai dengan aktif dan maju dalam sebarang kegiatan yang bersifat akademik.

Blogger templates

html code

My Blog List