Thursday 19 July 2012

!~ yeahh!! syaitan bercuti lagi !!~

Syaitan terpaksa bercuti sebulan!! Jangan sangka pelajar sekolah dan cikgu sahaja yang ada cuti bermusim yang panjang tempohnya. Jangan sangka wanita berpantang sahaja yang cuti panjang. Kalau boleh mereka ingin terus-menerus bekerja bagi memastikan misi mereka berjaya dgn cemerlang.


Namun jangan sangka syaitan "cuci tangan" daripada menggoda anak Adam. Sebelum bercuti, syaitan telah menggunakan sepenuhnya 11 bulan sebelum Ramadhan untuk menerapkan segala sifat  mazmumah dalam diri anak Adam kerana syaitan takkan bersama anak Adam sepanjang Ramadhan. Dipasaknya kukuh sifat-sifat buruk, kelakuan dan perbuatan yang bertentangan dengan syariat, seterusnya memujuk manusia agar terus mengerjakan larangan Allah. Bersungguh-sungguh si syaitan menyeru manusia kepada mungkar dan menjauhkan manusia drpd makruf.


Sementara syaitan bercuti, apa kata kita giatkan kembali anggota badan melakukan ketaatan kepada Allah sama ada yang wajib ataupun sunat. Yang wajib dilakukan dengan ikhlas dan penuh penghayatan. Amalan sunat pun sama, malah ditambah lagi dengan sukarela. Dengan ini, semoga noda hati yang dituai ketika syaitan bebas menggoda anak Adam dapat dicuci kembali. Jika dalam bulan Ramadhan ini, stesen radio dan televisyen mengubah kandungan siaran mereka menjadi lebih Islamik, dihiasi dengan bacaan al-quran serta zikir, pengisian agama dan sebagainya, adakah kita tidak ingin pencapaian peribadi kita meningkat sepanjang Ramadhan?


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Apabila datangnya Ramadan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Jika syaitan sedih menjelang Ramadan, manusia sebaliknya perlu gembira dan mengalu-alukan kehadiran penghulu segala bulan ini. Jom sama-sama tingkatkan amal ibadah sepanjang Ramadan. Semoga natijah akhir iaitu takwa mampu dicapai. Amin.




                                                                        ~  PAHROL MOHAMAD JUOI ~
                                                                                    solusi isu 34

No comments:

Post a Comment




My photo
Menggalak, membimbing, dan membantu siswa siswi ijazah sarjana muda psikologi supaya menyertai dengan aktif dan maju dalam sebarang kegiatan yang bersifat akademik.

Blogger templates

html code

My Blog List