Thursday 15 September 2011

Perarakan MERDEKA RAYA 15/9/2011








 Hanya 1malam. Mereka dapat hasilkannya ..dengan kerjasam bersama -sama..



pERJUMPAAN BERSAMA DEKAN

















satu perjumpaan bersama dekan telah di adakan.
di Fakulti Sastera & Sains Sosial..Dekan Fsss
Pn.Fazura hadir bersama-sama pensyarah jurusan
Ijazah Sarjana Muda Psikologi.
Antara perkara yang telah di sampaikan ialah
sikap seorang pelajar ijazah. permakaian.
dan sebagainya.

Meeting Exco SMP (12/8/2011)




membincangkan mengenai pertandingan sajak, debat
anjuran Persepsi ..Di sampaikan
oleh timbalan setiausaha
Muhd Jamrimasuddin Bin Masuri

Monday 5 September 2011

Pemenang Sajak Sempena Kemerdekaan & Ramadhan 2011

Sajak Terbaik Sempena Ramadhan & Kemerdekaan 
Ijazah Sarjana Muda Psikologi Di menangi oleh
Danial Ahmad 
dengan Sajaknya

RAMADHAN DATANG LAGI!!

USAHA

Bila kiamat telah tiba,
di tanganmu masih tergenggam bibit kurma,
tak usah ragu menanamnya
kerana Allah tidak melihat hasilnya
tapi melihat usaha yang kita kerahkan
Kerana Allah menghargai daya upaya
asal sesuai dengan petunjuk-Nya
Halang nafsu dengan puasa,
disiplinkan diri jalani aturan-Nya,
sebagai bukti usaha keras kita
untuk tunduk pada perintah-Nya.


HARAPAN

Ketika semua gelap
segala upaya telah dilakukan
otak lelah diperah habis-habisan
kerja keras hingga kaki terasa menjadi tangan
dan tangan terasa menjadi kaki
Tapi hasil tak kunjung bersemi,
secercah harap tak juga mengunjungi,
semua terasa sia-sia,
dan kehancuran terasa di depan mata.
Disitulah iman kita dicoba,
tidak akan berputus asa
atas rahmat yang Allah yang Mahakuasa
kecuali orang-orang yang imannya sirna.
Teguh berharap rahmat Allah yang esa
bagi orang yang imannya kuat di dada


SANDARAN

Kalau kita benar beriman
Allah adalah sandaran
tempat mengadu dan memohon pertolongan
tempat menentramkan kekhawatiran akan masa depan
kerana Dia adalah Mahatahu
pengetahuannya tidak dibatasi oleh waktu
tak satu peristiwa-pun luput dari-Nya
kekuasaan-Nya adalah jaminan masa depan kita.
sepanjang kita tetap berada di jalan-Nya
dan tidak membelakang perintah-Nya.
Tak ada yang perlu ditakutkan
tak ada yang perlu disedihkan
kerana Dia-lah penjaga paling perkasa.
dan penjamin yang paling terpercaya.


BERANI

Mengapa harus berani?
kerana musuh tak akan gentar oleh penakut
kerana musuh akan bersorak melawan penakut
kerana musuh akan memijak harga diri penakut

Mengapa harus berani?

kerana berada di jalan-Nya
sementara musuh menyalahi jalan-Nya
itu beerti Allah bersama kita
dan akan menjaga kita
dan melindungi kita
dan menjamin masa depan kita
selama kita setia di jalan-Nya




MELIHAT

Bila ada perbuatan sebesar biji sawi
yang tersembunyi di dalam batu,
atau tersembunyi di dalam bumi,
atau tersembunyi di atas langit,
dalam selimut kegelapan malam
dan kabut hitam kelam
Allah pasti mengetahuinya
dan akan membalasnya
Kerana Allah Maha Halus
kerana Allah Maha Mengetahui
tak seorang pun dapat sembunyi
dan sia-sia saja cuba menghindari..
Puasa melatih kesadaran diri
Disiplinkan diri jalani puasa
menahan diri atas semua hal yang membatalkannya
walau tak seorangpun melihat kita


CERDAS

menantang langit
menganggap diri paling cerdas
mengaku paling bijaksana
walau hanya bermodal ilmu
di samudera pengetahuan Allah yang tak bertepi
Sungguh malu rasanya
saat perasaan itu melintas dalam hati
kerana hadirnya perasaan itu adalah bukti
sebenar-benarnya bukti
bahwa jiwa pemiliknya terpenjara
bagai katak dalam tempurung kelapa

Ramadhan bulan ampunan

Menghitung dosa yang tak kunjung selesai
Kerana banyaknya atau memang merasa selalu benar

Ramadhan bulan ibadah

Menghitung pahala dengan cepat
Kerana sedikitnya atau memang merasa selalu benar

Ramadhan yang datang Ramadhan yang akan hilang

Seperti dosa yang datang dan pergi
Seperti mimpi yang selalu mengisi
Seperti pagi mencampakan malam
seperti aku yang merasa selalu benar

Ramadhan yang kini Ramadhan yang lalu

Diriku yang kini dan diriku yang dulu
Yang tetap selalu merasa benar
Di dalam dosa dan kebaikan…











                                                                                                  Salam Ramadhan
Danial Ahmad
SMP 3
Tempat Ke 2



Aina fatihah





       SAJAK KEMERDEKAAN


Kini..

tiada lagi tangisan insan terseksa

terkapai-kapai lemas mencari daratan

berkorban jiwa pertahan negara

penjajah durjana merampas segala


50 tahun dahaulu..

stadium merdeka menjadi saksi

negaraku merdeka

rakyatku tidak lagi sengsara

menangis gembira mendapat cahaya


Merdeka..

tiada lagi penjajahan..

tiada lagi penderitaan..

tiada lagi jeritan penyiksaan..

tanah air ditadbir insan bijak bestari..

memimpin negara mengukir nama..


Kini..

50 tahun sudah merdeka..

negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang

burung berkicau bebas berterbangan

menjadi tanda negaraku aman daman


Maju berteknologi

kearah mencapai wawasan 2020.

kugenggam erat amanah pejuang tanah air

pertahanlah kemerdekaan

teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan

sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati

semoga kekal selamanya


merdeka tetap merdeka..




Tahniah kepada pemenang.










My photo
Menggalak, membimbing, dan membantu siswa siswi ijazah sarjana muda psikologi supaya menyertai dengan aktif dan maju dalam sebarang kegiatan yang bersifat akademik.

Blogger templates

html code

My Blog List