Saturday 16 July 2011

Asas Psikologi Part 1



DEFINISI PSIKOLOGI Psikologi berasal dari perkataan tamaddun Greek purba ‘psyche’ dan ‘logos’. ‘Psyche’ bermaksud jiwa. ‘Logos’ bermaksud kajian mengenai sesuatu (kajian mengenai pemikiran yg dapat mempengaruhi sikap dan pelakuan organisme). Psikologi merupakan satu kajian mengenai sesuatu yg memberi kesan kpd jiwa seseorang.





Definisi Psikologi (Kamus Dewan) “Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.”


Definisi Psikologi yang lain: “The scientific study of the way the human mind works and how it influences behaviour or the influence of a particular person’s character on their behaviour”. (Cambridge International Dictionary of English, p.383). “Psychology may be defined as the systematic study of behaviour and mental life”. (Henry L. Roediger dan rakan,1984).


Definisi Psikologi yang lain: “Psikologi ialah kajian sistematik tentang tingkah laku manusia dan pengalaman”. (Kalat,1999). “Psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti”. (Williams, 1960). “Psikologi ialah sains tingkah laku--kajian mengenai jiwa atau aspek rohani manusia secara saintifik.(Wittaker,1970 dlm buku Introduction To Psychology). Psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan.

No comments:

Post a Comment




My photo
Menggalak, membimbing, dan membantu siswa siswi ijazah sarjana muda psikologi supaya menyertai dengan aktif dan maju dalam sebarang kegiatan yang bersifat akademik.

Blogger templates

html code

My Blog List