Sunday, 17 July 2011

Meeting Program Amal Kokurikulum Sem 3

                                                              Perbincangan Group shayffiq
                                                          Perbicangan Group Wawa
                                                      Perbincangan Group Najiha
                                                   Perbincangan Group Wani Hamdan
                                                                Perbincangan Group Radhi

Pada 13/07/2011 Satu meeting telah di adakan bagi membuat pemilihan Program Amal Kokurikulum untuk Mahasiswa Sarjana Muda Psikologi Sem 3 .9 Group telah di agihkan dan hanya 1 group yang terbaik sahaja akan di terima kertas kerja berkenaan.Malahan,antara yang turut hadir ialah YDP MPM Danial Ahmad dan YDP Persepsi Muhammad Asyraf yang telah di pilih untuk menjadi juri .Tahniah buat Group Ahmad Danial kerana perbentangan program amal koku di menangi oleh group beliau.Kemungkinan program ni akan dibuat di perkampungan orang asli pada bulan 8 Tahun ini.

Di sediakan oleh :
Nurul Nadhrah Binti Mahbob,
Exco ICT SMP. 


Saturday, 16 July 2011

Asas Psikologi Part 1



DEFINISI PSIKOLOGI Psikologi berasal dari perkataan tamaddun Greek purba ‘psyche’ dan ‘logos’. ‘Psyche’ bermaksud jiwa. ‘Logos’ bermaksud kajian mengenai sesuatu (kajian mengenai pemikiran yg dapat mempengaruhi sikap dan pelakuan organisme). Psikologi merupakan satu kajian mengenai sesuatu yg memberi kesan kpd jiwa seseorang.





Definisi Psikologi (Kamus Dewan) “Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.”


Definisi Psikologi yang lain: “The scientific study of the way the human mind works and how it influences behaviour or the influence of a particular person’s character on their behaviour”. (Cambridge International Dictionary of English, p.383). “Psychology may be defined as the systematic study of behaviour and mental life”. (Henry L. Roediger dan rakan,1984).


Definisi Psikologi yang lain: “Psikologi ialah kajian sistematik tentang tingkah laku manusia dan pengalaman”. (Kalat,1999). “Psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti”. (Williams, 1960). “Psikologi ialah sains tingkah laku--kajian mengenai jiwa atau aspek rohani manusia secara saintifik.(Wittaker,1970 dlm buku Introduction To Psychology). Psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan.

Friday, 15 July 2011

Meeting Exco SMP (12/7/2011)

12/07/2011: Satu perjumpaan telah adakan bagi exco smp bersama pengerusi smp bagi menjelaskan bidang setiap exco baru dan perbincangan untuk membuka Kelab sarjana muda psikologi.Setelah di bincangkan beberapa nama kelab telah di ke utarakan seperti Kelab PSIS (Psikologi Siswa Siswi), PERSIS , KEPSIS dan lain-lain namun hanya 1 nama yang terbaik sahaja akan di pilih.Selain itu, perbincangan visi,misi dalam penubuhan kelab pertama IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI ,KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA dan pelbagai lagi.

Di sediakan oleh:
Nurul Nadhrah Binti Mahbob
Exco ICT SMP





Thursday, 14 July 2011

1Belia 1Kuim

9 -10 julai 2011- Penglibatan mahasiswa Sarjana Muda Psikologi sempena 1Belia 1Kuim telah melibatkan 2 wakil iaitu kumpulan Go go win dan juga Pom pom Girl.Antara pertandingan yang disertai oleh mahasiswa SMP ialah Futsal,Tarik Tali dan Baling Selipar.Kumpulan Go go win hanya merangkul tempat ke 2 dalam baling selipar yang telah di tewaskan oleh wakil Majlis perwakilan Mahasiswa (MPM) Manakala tempat ke 3 dalam Tarik Tali .Kesibukan dalam tugasan bukan penghalang bagi Mahasiswa Sarjana muda psikologi untuk mewakili Cos ijazah dari Fakulti Sastera & Sains Sosial.
Di sediakan oleh: 
Nurul Nadhrah Binti Mahbob,
Exco ICT SMP.


















ANDA SEMUA USAH GUSAR DAN RAGU..LIHAT INI..




My photo
Menggalak, membimbing, dan membantu siswa siswi ijazah sarjana muda psikologi supaya menyertai dengan aktif dan maju dalam sebarang kegiatan yang bersifat akademik.

Blogger templates

html code

My Blog List