Sunday, 19 February 2012

Kerjaya?




korang mesti terfikir2 apa kerjaya yang korang nak pergi lepas habis stdy. yang berminat nak jadi cikgu .JUM lihat!!!



Perguruan

Kaunselor 
Kaunselor berperanan untuk membantu seseorang individu belajar membuat pilihan, melaksanakan pilihan yang telah dibuat dan menyelesaikan masalah. Tugas kaunselor meliputi program perkembangan , pencegahan serta pemulihan dalam bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu atau kelompok dan khidmat konsultasi.



Tahap Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Psikologi/Kaunseling/setaraf; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Sains Tingkah Laku beserta Diploma Psikologi Kaunseling/setaraf; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)/setaraf
Contoh Institusi
  • Universiti Perguruan Sultan Idris
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Malaya
  • Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan
Senarai Tugas
  • Mengkaji dan memberi nasihat kepada orang perseorangan tentang peluang pekerjaan, pemilihan kerjaya dan pendidikan atau latihan lanjutan;
  • Mengumpul, menyediakan dan menyebarkan maklumat bimbingan dan kaunseling kepada individu atau kumpulan tertentu seperti pelajar sekolah atau pelajar institusi pengajian tinggi melalui media yang sesuai;
  • Merancang, melaksanakan dan mengawal selia perkhidmatan kaunseling individu atau kumpulan secara profesional dan beretika;
  • Memberi khidmat nasihat dari segi pemulihan fizikal, emosi dan pembangunan bagi individu-individu yang menghidap penyakit kronik atau mengalami kemalangan dan orang hilang upaya;
  • Memberi panduan dalam masalah berkaitan keluarga dan perkahwinan serta mengendalikan kes-kes berkaitan sistem dan terapi kekeluargaan; dan
  • Memberi bimbingan kepada pelajar, ibu bapa dan guru berhubung dengan pelbagai perkara termasuk masalah pelajar, kesulitan pembelajaran dan keperluan asas.


Pensyarah Universiti 
Profesional perguruan universiti dan pendidikan tinggi mengajar mata pelajaran mereka pada beberapa atau semua peringkat selepas pendidikan menengah tamat, menjalankan penyelidikan dan menambah baik atau membangunkan konsep, teori, dan kaedah operasi berkenaan dengan disiplin tertentu serta menyediakan kertas dan buku ilmiah.



Anggaran Gaji
  • Sektor Awam (RM) : 3,000
  • Sektor Swasta (RM) : 3,000 - 6,000
Tahap Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana
Contoh Institusi
  • Universiti Teknologi Mara
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Teknologi Malaysia
Senarai Tugas
  • Menyampaikan kuliah dan mengadakan tutorial, seminar, dan sesi makmal; Merangsang perbincangan dan pemikiran bebas dalam kalangan pelajar;
  • Menyelia kerja uji kaji dan amali yang dijalankan oleh pelajar, jika perlu;
  • Mentadbir, menilai, dan memeriksa tugasan dan kertas peperiksaan;
  • Mengarah penyelidikan yang dibuat oleh pelajar pascaijazah atau kakitangan lain dalam jabatannya;
  • Menyelidik dan membangunkan konsep, teori, dan kaedah operasi bagi pengaplikasian dalam industri dan bidang lain;
  • Menyediakan buku, kertas atau artikel ilmiah;
  • Merekabentuk dan mengubahsuai kurikulum serta menyediakan kursus pengajian mengikut keperluan;
  • Menghadiri persidangan dan seminar;
  • Membantu dalam aktiviti kokurikulum.
nak tau lebih lanjut pergi sini





Thursday, 2 February 2012

Poster Kepsis terbaikk


Barisan Exco Kepsis
Tahniah kepada mereka kerana berjaya memegang tampuk kepimpinan smp dengan cemerlang
hanya tunggu 2 bulan dari sekarang untuk meletakkan jawatan. 
Kepada pelapis yang akan membangunkan KEPSIS. 
Kini anda yang bakal memimpin !! Siapakah? nantikan.
ucapan setinggi penghargaan kepada 
Abdul Muiz Exco ICT & Penerbitan MPM kerana membuat poster ini.

Mengenali sesama kita

Jan 2012- satu perjumpaan warga smp semester 1 sehingga semester 5 telah di adakan bagi mengeratkan lagi siratulrahim sesama mereka. Antara agendanya mengenalkan barisan exco2 kepsis, aktiviti/program yang akan di jalankan, mengenai baju koprat, masalah dan sebagainya.







Jum kita kenali wajah2 SMP semester 1. Muka2 bertuah jenior kita. anwy, gd lucks utk uall

Saturday, 17 December 2011

Selamat datang !







Selamat datang kepada Mahasiswa/i baru KUIM. Terutama Mahasiswa/i Sarjana Muda Psikologi.Dari pemerhatian PB ramai jugak siswa/i yang akan memasuki program ijazah sarjana muda psikologi. nampaknya saingan untuk senior2 semakin sengitlah.lagi2 siswa/i yang sebelum ini mengambil diploma di kuim akan menyambung pengajian ke peringkat degree di sini.Satu lagi, Tahniah kepada mereka yang telah mengambil keputusan terutama yang DEKAN dan tahniah juga yang meningkat poiternya. Alhamdulillah.PB agak bertuah kali ini kerana dapat joint MHS sebagai Urusetia. Oleh itu, PB mengambil kesempatan ini mengucapkan TAHNIAH 10 BINTANG kepada kesemua Urusetia terutama dari SMP yang terlibat dengan JAYAnya . JOM kita tgk gambar2







                                                                     Antara Urusetia yang terlibat
sisi LDK bersama Fc

Tuesday, 29 November 2011

Sepanjang Semester sisi 2011

kembali memeriahkan keadaan blog smp.hi,guys.PB memohon maaflah beberapa minggu ni sebab blog smp tidak beberapa Aktifkan. Alhamdulillah sudahpun berakhir Semester sahabat2 kita . Tahniah bagi mereka yang telah membuat sebaik mungkin dalam peperiksaan. Insyaallah keputusan pasti membanggakan.PB doakan sahabat2 dapat pointer yang baik.Di kesempatan ini PB nak membuat entry mengenai segala program yang telah di jalankan dalam minggu-minggu yang PB sendiri tak sempat nak post untuk Sahabat2 smp semua.

                                                                   SEMINAR PSIMA






Di hadiri semua mahasiswa/i ijazah sarjana muda psikologi dan diploma kauseling
SEMINAR PERSONALITI




Di hadiri Mahasiswa/i sem 2/3 2011 (Subjek personaliti)

PROGRAM KOKURIKULUM
Program Koku Bagi sem 3



P/s: Kepada semua semester kalau korang ada gmbr aktiviti/prgrm apa2 yang nak dpublishkan dkt sni sila hantar gambar dkt email saya hy_nadhz@yahoo.com yea :) atau di SMP hureeehhhh. So, sy akan melaporkan segalanya disini untuk dilihat semua rakan2 kita. 





Tuesday, 11 October 2011

Motto Kelab Psikologi

Moto SMP:

SOFISTIKASI MENJANA PERSONALITI
·       
  SOFISTIKASI – sifat yang kompleks dan halus, (tidak bersahaja dan sederhana) ,kecanggihan , tahap kematangan tertinggi yang pernah dicapai oleh manusia.
·        MENJANA- sedang
·        PERSONALITI – keperibadian, perwatakan

Sifat sofistikasi seseorang individu yang kompleks dan sederhana serta memiliki tahap kematangan yang tinggi membolehkan seseorang individu itu menjana kepada keperibadian dan perwatakan yang positif. Di samping, seseorang individu tersebut berpandangan jauhdan ini akan menampakkan lagi ciri-ciri seorang mahasiswa yang sofistikated serta terpelajar.Ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi masyarakat sekeliling untuk berinteraksi dengan mereka dan ini selaras dengan kehendak psikologi itu sendiri yang lebih memahami kepada tingkah laku seseorang individu tersebut.

Makna-makna bagi Logo Kelab Psikologi


Makna-makna bagi setiap warna dan lambang di logo
Putih
Ø  melambangkan kesucian hati dan amanah yang perlu ada sebagai seorang pelajar smp
Merah
Ø  keberanian & smgt yang membara dalam mengejar kejayaan bkn secara individu tetapi secara berkumpulan
Biru
Ø  perpaduan dan keamanan  yg sentiasa menjadi tunggak utama  dalam berukhwah dikalangan pelajar dan juga pensyarah.
Kuning
Ø  warna kuning menunjukkan keaslian dalam aktiviti pemikiran setiap pelajar
Roda
Ø  melambangkan putaran kehidupan seseorang dalam mengharungi liku-liku kehidupan.
Reben
Ø  usaha pelajar-pelajar dlm memartabatkan kuim setaraf dgn ipta / ipts yang tersohor.
Buku
Ø  simbol ilmu pengetahuan
Topi
Ø  lambang kejayaan  yang ingin digapai oleh setiap pelajar
Manusia
Ø  lambang pembelajaran yang khusus kepada ilmu psikologi manusia
Bulan & bintang
Ø  sentisa meletakkan islam ditempat yang paling tinggi demi kejayaan  duniawi dan ukhrawi.

Visi, Misi dan Objektif Kelab Psikologi

MISI, VISI DAN OBJEKTIF KELAB

VISI
Mewujudkan pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai positif serta memiliki pengetahuan yang luas mengenai bidang kerjaya di masa hadapan.

MISI
  • Mewujudkan organisasi yang efektif melalui sistem pengurusan yang berkualiti bagi menepati keperluan pelajar.
  • Membantu membentuk pelajar ijazah sarjana muda psikologi yang berketerampilan, berdaya saing dan bersahsiah terpuji.
  • Mewujudkan hubungan dan persekitaran yang mesra dan ceria di kalangan pelajar bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkualiti.

Objektif
Menggalak, membimbing, dan membantu siswa siswi ijazah sarjana muda psikologi supaya menyertai dengan aktif dan maju dalam sebarang kegiatan yang bersifat akademik.



My photo
Menggalak, membimbing, dan membantu siswa siswi ijazah sarjana muda psikologi supaya menyertai dengan aktif dan maju dalam sebarang kegiatan yang bersifat akademik.

Blogger templates

html code

My Blog List